Anda di sini

Sesi latihan Kem Badminton Astro di Sibu pada 16 Ogos

Advertisement

BERI SEMANGAT: Wong Choon Hann memberi taklimat kepada peserta Kem Badminton Astro.

 

KUCHING: Kem Badminton Astro menjemput pemain muda berumur dari 10 hingga 12 tahun untuk menyertai sesi latihan percubaan hari ini (9 Ogos) di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah dan pada 16 Ogos ini di Thumb’s Up Badminton Academy Sibu, Sarawak.

Sesi latihan percubaan per­tama Kem Badminton Astro dimulakan pada 17 Mei lalu di Pulau Pinang, diikuti sesi latihan kedua di Johor dan ketiga di Terengganu pada Jun lalu.

Lebih 1,000 kanak-kanak mengambil bahagian dalam sesi percubaan dikendalikan barisan jurulatih profesional diketuai bekas pemain bad­minton nombor satu dunia. Wong Choon Hann dan dibantu tiga bekas pemain badminton tanah air iaitu Lee Wan Wah, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.

Pendaftaran masih dibuka bagi sesi latihan di Sibu, Sarawak dan mereka yang berminat boleh mendaftar secara atas talian dengan melayari laman web www.astrokasih.org/kembadmin­ton.

Kem Badminton Astro anjuran Astro Kasih adalah kerjasama antara Astro, Ke­menterian Pendidikan Ma­laysia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Sekolah Badminton Li Yongbo.

Ia bertujuan memberikan peluang kepada bakat-bakat muda menjalani struktur latihan dan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan potensi dalam sukan badminton dari­pada pemain amatur kepada pemain bertaraf dunia di samping memupuk minat mendalam serta penyertaan lebih ramai generasi muda.

Seramai 60 peserta berpo­tensi akan dipilih pada sesi latihan percubaan untuk men­jalani latihan intensif selama seminggu bagi meningkatkan tahap kemahiran, kecergasan dan strategi mereka.

Setelah menjalani latihan in­tensif di Kuala Lumpur, sera­mai 30 peserta terbaik akan diberikan peluang menjalani Latihan Intensif Lanjutan selama dua minggu di pusat latihan badminton terkemuka dunia, Sekolah Badminton Li Yongbo di Dongguan, China pada hujung tahun ini.

Advertisement