Anda di sini

Piala TYT medan pilih pemain SUKMA 2015

Advertisement

KUCHING: Presiden Persatu­an Muaythai Kuching (PMK), Jumaat Ibrahim akan men­jadikan Kejohanan Muaythai Sarawak Piala TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 2014 sebagai medan pemilihan atlet bagi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2015.

Justeru, beliau berharap petinju remaja yang turut serta pada kejohanan tersebut akan memberikan yang ter­baik bagi merebut slot.

“Kita akan memantau prestasi semua petinju rema­ja yang bertanding dan akan memilih mereka yang berpo­tensi untuk diserap dalam skuad bayangan SUKMA.

“Ini peluang terbaik bagi petinju untuk mewakili neg­eri dan saya mengharapkan persembahan berkualiti dari mereka semua,” katanya di sini semalam.

Jumaat menambah, kejo­hanan tahunan itu juga men­jadi landasan bagi persatuan mempromosi serta mengem­bangkan sukan muaythai di seluruh negeri ini.

Malah, penyertaan petinju antarabangsa juga bakal mem­beri pengalaman dan kema­hiran baharu kepada peserta tempatan yang terlibat.

Seramai lapan peserta jem­putan antarabangsa dari Ma­laysia, Thailand, New Zealand dan Indonesia bersedia meme­riahkan kejohanan yang bakal diadakan pada 22 Ogos ini di Stadium Perpaduan, Petra Jaya Kuching.

Ia anjuran bersama PMK, Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan Jabatan Be­lia dan Sukan (JBS) Sarawak dengan kerjasama DBKU, Po­lis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan agensi-agensi berkaitan.

Selain perlawanan jempu­tan, tiga lagi kategori turut dipertandingkan bagi mere­but piala pusingan TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak, Piala Remaja 2014 dan Piala Pusingan PMK.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Ab­dul Taib Mahmud dijangka hadir menyaksikan perlawa­nan akhir.

Tiket mula dijual dengan harga RM50 dan RM30 bagi tempat duduk VIP dan RM10 bagi tempat biasa.

Bagi yang berminat boleh membelinya di SS Fight­ers Gym Petra Jaya dan Summer Mall atau dengan menghubungi Norizan (016-8939384), Azmanni (014-8834040) atau 082-258949.

Advertisement