Anda di sini

Piala Sarawak kini kembali

Advertisement

Oleh Harry Ilias

RAMAH MESRA: Abu Bakar (kanan) berbual dengan jurulatih skuad Piala Presiden, Johnny Dominicus (tengah) pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri di kediamannya di Kuching semalam.

KUCHING: Selepas dua tahun menyepi, kejohanan berprestij Piala Sarawak kembali mewarnai kancah bola sepak tempatan dengan saingan akan bermula pada 20 hingga 27 September depan.

Kejohanan dwitahunan itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dengan Kuching dan Sama¬rahan dipilih selaku venue pertandingan.

Seperti edisi sebelumnya, saingan kali ini menyaksikan pertembungan sengit 14 pasu¬kan yang merupakan ahli-ahli gabungan FAS dan jemputan seperti Kuching, Samarahan, Miri, Sibu, Bintulu, Mukah, Sri Aman, Limbang, Kapit, Betong, Sarikei, Tentera, Polis dan SUKMA 2016.

Pengarah Kejohanan, Datu Mohamad Abu Bakar Marzu¬ki berkata edisi kali ini dijang¬ka menarik dan sengit setelah FAS membenarkan pemain Piala Presiden dan SUKMA mengambil bahagian.

“Ini kali pertama kita mem¬benarkan pemain Piala Presi¬den dan SUKMA menyertai kejohanan ini seiring dengan usaha FAS melahirkan lebih ramai pemain berbakat yang boleh mewakili Sarawak di pentas yang lebih tinggi satu hari nanti,” katanya ditemui pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di kediamannya di sini semalam.

Bagaimanapun, katanya, pemain-pemain ini hanya dibenarkan mewakili pasukan dari tempat kelahiran mereka sahaja.

Hadir sama Naib Presiden FAS, Haidel Heli dan juru¬latih skuad senior dan remaja Sarawak.

Abu Bakar yang juga Tim¬balan Presiden FAS menam¬bah, hanya tiga orang pemain berusia 31 tahun atau lahir pada 1984 dibenarkan ber¬main dalam satu pasukan yang sama.

Selain itu, persatuan juga mengekalkan peraturan dan pemain hanya boleh mewakili pasukan dalam mana-mana liga bola sepak peringkat ba¬hagian yang disertainya pada tahun ini.

“Kita telah menetapkan akan menggunakan Stadium Negeri, Petra Jaya dan Pa¬dang B bagi venue di Kuch¬ing. Sementara itu, Stadium Mini Samarahan dan Stadium UNIMAS dipilih sebagai venue di Kota Samarahan,” tambahnya.

Katanya, pasukan yang bersaing akan dibahagikan kepada empat kumpulan dengan cabutan undi akan diadakan pada 14 Ogos ini di Bangunan Yayasan Sarawak, Petra Jaya.

Pasukan yang diundi dalam Kumpulan A dan B akan bermain di Kuching manakala Kumpulan C dan D beraksi di Kota Sama-rahan.

Pemenang bakal meraih hadiah lumayan berjumlah RM10,000, tempat kedua RM5,000 dan RM2,500 bagi tempat ketiga bersama.

Kuching muncul juara edisi 2012 yang diadakan di Bandaraya Miri.

 

Advertisement