Anda di sini

Pelbagai kaum kunjungi rumah terbuka Pegawai Daerah Lawas

Advertisement

Oleh Mastura Ismail

 

APA KHABAR?: Tetamu datang memeriahkan rumah terbuka Hussaini.

SAMBUTAN rumah terbuka Aidilfitri kediaman Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan isteri Melati Hussain di Lawas berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk daripada pelbagai kaum dan keturunan di bahagian Lawas.

Rumah terbuka yang bermula jam 10 pagi dan berakhir 3 petang itu menyaksikan orang ramai daripada pelbagai kaum saling beramah mesra selain menikmati pelbagai juadah raya yang disediakan.

Hussaini yang tampil segak dengan baju Melayu berwarna merah turut gembira dengan kehadiran wakil rakyat, rakan taulan dan penduduk di daerah Lawas pada rumah terbuka kali ini.

MESRA: Hussaini (kanan) begitu gembira melayan tetamu yang datang.

Jelasnya dengan adanya program tersebut ia merupakan wadah terbaik dalam mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan, kerjasama dan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Kaunselor Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa, Ketua Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Simie Nasip, Timbalan Ketua Kelab Pemuda PBB Bukit Sari Kaunselor Awg Emran Damit, Temenggung Kading Silo, ketua jabatan kerajaan, ketua masyarakat dan kenamaan lain.

Majlis turut diserikan dengan persembahan alat muzik daripada ‘tuan rumah’ yang sempat menghiburkan para tetamu yang datang.

KUNJUNGAN RAYA: Kakitangan Hotel Seri Malaysia Lawas tidak melepaskan peluang mengadakan kunjungan raya ke kediaman Hussaini.

Advertisement