Anda di sini

MB Selangor serah surat jawapan untuk notis tunjuk sebab

Advertisement

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menyerahkan melalui wakilnya surat jawapan untuk notis tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR.

Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor Mustafa Mohd Talib yang tiba berseorangan berkata beliau datang ke ibu pejabat PKR itu sebagai wakil Abdul Khalid untuk menyerahkan surat itu dan tidak tahu-menahu tentang isi kandungannya.

“Saya cuma datang untuk serahkan surat ini dan saya kemukakan (surat itu) kepada kaunter pejabat PKR,” katanya kepada pemberita sebaik menyerahkan surat itu.

Surat itu diserahkan di ibu pejabat parti itu di sini, jam 10.20 pagi semalam.

Kata Mustafa, beliau juga tidak merasakan Abdul Khalid akan hadir dalam sesi pendengaran lembaga tersebut yang dijadual jam 3 petang semalam berikutan terdapat komitmen lain di pejabatnya.

Terdahulu, beberapa pe-mimpin atasan PKR hadir di pejabat itu antara jam 10.10 pagi dan 11.10 pagi.

Mereka termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid diminta untuk menjelaskan isu berkenaan penstrukturan semula industri air Sela-ngor; elaun baharu Menteri Besar; kenaikan cukai bagi lesen perniagaan; isu pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). — Bernama

Advertisement