Anda di sini

Lembaga Disiplin PKR tiada bidang kuasa

Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam menegaskan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempunyai bidang kuasa menyiasat perkara bukan berkaitan parti.

Dalam surat jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikeluarkan parti itu kepadanya sebelum ini, beliau berkata kelima-lima dakwaan salah laku disiplin yang beliau diminta perjelaskan tidak mempunyai kaitan dengan parti itu.

“Jika notis tunjuk sebab tersebut tidak menyatakan, antara lain, tuduhan dan pelanggaran mana-mana per-untukan dalam Perlembagaan parti oleh saya, ini bermakna secara ‘prima facie’, tiada apa-apa salah laku disiplin yang telah dilakukan oleh saya dan tiada apa-apa salah laku disiplin yang boleh didengar oleh Lembaga Disiplin.

“Tanpa butir-butir tersebut, saya tidak dapat membela diri saya dengan efektif. Oleh sebab itu Datuk dan Lembaga Disiplin dengan hormatnya terkhilaf dalam penyataan dan pandangan bahawa Notis Tunjuk Sebab adalah jelas,” kata Abdul Khalid.

Surat jawapan yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong itu diserah-kan oleh wakil Abdul Khalid iaitu Mustafa Mohd Talib kepada Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Dalam notis tunjuk sebab bertarikh 5 Ogos itu, Tan meminta Abdul Khalid menjelaskan tindakannya yang mengingkari keputusan parti untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.

Untuk sesi pendengaran yang dijadualkan pada jam 3 petang semalam, Abdul Khalid turut diminta menjelaskan isu berkaitan penstrukturan semula industri air Selangor; elaun baharu Menteri Besar; kenaikan cukai bagi lesen perniagaan; isu pinjaman Abdul Khalid dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX).

Abdul Khalid dalam suratnya itu berkata beliau tidak dapat menghadiri sesi berkenaan kerana terikat dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar sewaktu sesi itu mahu dijalankan.

“Saya dengan rendah diri memohon pendengaran itu ditangguhkan dan mencadang-kan diadakan pada 15 Ogos 2014, pada jam 3 petang, di tempat yang sama,” katanya.

Abdul Khalid seterusnya berkata Tan telah bertindak secara tidak adil kepada beliau kerana notis tunjuk sebab itu tidak merujuk kepada kelima-lima perkara berkenaan.

“Tindakan YB Datuk (Tan) ini menguatkan lagi desakan saya bahawa sebarang pertuduhan terhadap saya hendaklah dinyatakan dengan jelas dengan butiran terperinci.

“Justeru, bagaimana lima perkara tersebut mempu-nyai apa-apa kaitan dengan ‘Langkah Kajang’ yang mula-nya dinyatakan dalam notis tunjuk sebab. Tambahan pula, seperti yang YB Datuk dan umum berpengetahuan, ‘Langkah Kajang’ telah di-katakan dirancang sebelum kelima-lima perkara tersebut berbangkit,” tegas Abdul Khalid.

Dalam surat jawapan itu, beliau turut menyifatkan tindakan Tan dan Lembaga Disiplin PKR setakat ini sebagai “amat mencurigakan”.

Abdul Khalid berkata beliau seharusnya diberi pe-luang yang nyata dan bukan maya untuk membela diri jika terdapat isu salah laku terhadapnya.

“Tindakan YB Datuk dan Lembaga Displin bertenta-ngan dengan cogan perjuangan parti, bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan semula jadi dan tidak mengikut proses yang betul,” katanya.

Jika Lembaga Displin PKR masih ingin meneruskan pendengaran terhadapnya, Abdul Khalid mahu dimaklumkan nama-nama anggota badan itu yang akan bersidang pada sesi berkenaan.

Selain itu, beliau meminta diberitahu tentang prosedur yang akan diterima pakai semasa sesi pendengaran berkenaan, sama ada beliau boleh diwakili barisan peguam dan sama ada beliau boleh membawa pegawai-pegawai- nya. — Bernama

Advertisement