GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka meng-heret Ahli Parlimen (MP) Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi ke mahkamah selepas MP PAS itu gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang dikatakan berunsur fitnah.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata beliau telah memberi masa mencukupi kepada Nasruddin untuk memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai kedudukan kewangan kerajaaan negeri dan projek terowong dasar laut.
Kelmarin Lim memberi pilihan kepada Nasruddin untuk memohon maaf dan menarik balik dakwaan beliau yang projek dasar laut bernilai RM3.6 bilion itu diberi menerusi tender rundingan dan bukan secara terbuka.
Mengenai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang dua bulan lalu yang klip videonya tersebar luas, beliau berkata adalah tidak betul Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman me-nyalahkan kerajaan negeri.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak mengetahui kejadian itu dan menyerah-kannya kepada pihak polis mengendalikannya.
“Walaupun ia berlaku di Pulau Piang, kita tidak meluluskan pesta seumpama itu dan ia berlaku di Taman Negara milik kerajaan persekutuan,” katanya. — Bernama