Anda di sini

Piala Simon Wong Wee jadi rebutan empat belas pasukan

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 14 pasukan termasuk empat wanita bakal berentap pada Kejohanan Bola Keranjang Lelaki dan Wanita Bahagian Kuching bagi merebut Piala Simon Wong Wee di gelanggang tertutup bola keranjang Kota Sentosa.

Kejohanan yang bermula kelmarin itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Bahagian Kuching.

Ia bertujuan meningkatkan standard bola keranjang di sini selain pada masa sama memilih pemain yang akan mewakili Kuching pada kejohanan antara bahagian.

Bagi kategori lelaki, pasukan terlibat dibahagi kepada dua kumpulan dengan dua pasukan teratas akan melayakkan diri ke separuh akhir.

Kumpulan A menyaksikan D Stranger (White), NHN (Prudential), H W Service (Saba), Lord Tiger B dan Tay Motor manakala Kryptonite (Saba), D Stranger (Red), D Stranger (Blue), Lord Tiger A dan Tay Motor (Maxxis) berentap dalam Kumpulan B.

Bagi kategori wanita, pasukan yang mengesahkan penyertaan adalah Boon Tin Food Products, GT Industrial, D Stranger dan Central Light Industrial.

Per lawanan kelmar i n menyaksikan pertembungan menar ik antara D Stranger dan Central Light Industrial dalam saingan wanita, D Stranger Red menentang D St ranger Blue manakala Tay Motor (Maxxis) bertemu dengan Kryptonite (Saba) dalam kategori lelaki.

Perlawanan separuh akhir dan akhir akan diadakan pada 17 dan 19 Ogos ini.

 

Advertisement