Anda di sini

Piala Perpaduan: Lapan pasukan buru slot ke suku akhir

Advertisement

KUCHING: Lapan pasukan berentap hari ini bagi memburu slot ke suku akhir Piala Perpaduan ADUN N14 edisi ke-48 yang akan berlangsung Sabtu ini di Padang Kampung Sambir, Asajaya.

Dua perlawanan akan berlangsung di sebelah pagi menyaksikan 5523 Kenari turun menentang RG4 dan AKUP berdepan Komeng FC.

M anakala di sebelah petang, Telaga Air akan berdepan Bandar Selatan dan Sri Muara menunggu kunjungan Khatulistiwa.

Pemenang perlawanan tersebut akan melengkap slot pasukan yang akan ke suku akhir dan berlangsung esok.

Kelmarin, RG4 Tambirat menang 3-0 ke atas SMKA dan AKUP FC menundukkan Simpang Tanjung 5-2.

Turut mencatat kemenangan MrHLH FC ke atas Osaka FC dengan 2-1, Manthez 2 FC menewaskan LTD FC dengan 3-1 (penentuan sepakan penalti) dan Khatulistiwa mengatasi Katahil 1-0.

Kejohanan tahunan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kampung Sambir itu bertujuan memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Asajaya.

Johan akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah RM3,000 berserta trofi dan pingat.

Manakala naib juara, tempat ketiga dan keempat akan meraih RM2,000, RM1,000 dan RM500 berserta hadiah sampingan.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 10 Ogos dan majlis penutupan dijangka disempurnakan oleh ADUN Asajaya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang juga Menteri Muda Pembangunan Sosial.

 

Advertisement