Anda di sini

India bawa pulang 19 rakyatnya masuki M’sia dengan visa ‘palsu’

Advertisement

NEW DELHI: India akan membawa pulang 19 rakyatnya yang memasuki Malaysia dengan visa kerja ‘palsu’, menurut laporan Press Trust of India yang memetik Menteri Hal Ehwal Luar Gen V. K. Singh.

Menurut laporan media, kumpulan itu yang baharu menamatkan pengajian di sebuah institut hospitaliti di Thane, Maharashtra, terkandas di Malaysia selepas agensi mencari pekerjaan yang mendapatkan pekerjaan untuk mereka disenarai hitam dan mereka kemudiannya dibuang kerja.

Laporan itu turut mendakwa kumpulan itu diberi visa yang tidak membolehkan mereka terus bekerja di Malaysia.

Sehubungan itu, mereka menghubungi Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur dan memohon dihantar pulang segera ke India, menurut laporan itu.

Suruhanjaya itu segera mengeluarkan sijil perakuan cemas setelah kumpulan itu mendakwa pasport mereka disimpan oleh majikan, lapor PTI. — Bernama

Advertisement