Anda di sini

Alberts terpaksa lupakan Salibasic

Advertisement

CEDERA: Salibasic (kiri) tidak akan membantu Sarawak pada aksi Piala Malaysia akibat kecederaan.

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Sarawak terpaksa melupakan khidmat penyerang Bosnia, Muamer Salibasic bagi menghadapi Piala Malaysia 2014 yang akan bermula pada 13 Ogos ini selepas pemain itu disahkan tidak dapat pulih sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Ketua Jurulatih Robert Alberts berkata penjaring terbanyak Sarawak pada kempen Piala Malaysia musim lalu itu dinasihatkan doktor pakar berehat bagi tempoh empat bulan lagi bagi memulihkan kecederaan lutut yang dialaminya semasa saingan Liga Super 2014.

“Ia berita yang cukup mengecewakan kerana Salibasic memainkan peranan yang penting dalam skuad pada musim lalu,” menurut Alberts semalam.

“Agak malang baginya kerana beliau telah menunjukkan hasrat yang tinggi untuk membantu kita.

” Menurut Alberts, Salibasic bakal terlepas kesemua perlawanan peringkat kumpulan dan akan kembali beraksi jika Sarawak berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

CEDERA: Salibasic (kiri) tidak akan membantu Sarawak pada aksi Piala Malaysia akibat kecederaan.

Kehilangan Muamer bagaimanapun terubat dengan kehadiran semula penyerang lincah Hassan El Mohamad yang menunjukkan p e m u l i – han positif dari kecederaan buku lali kirinya selepas menerima suntikan ‘infiltration’ pada Isnin lalu.

Menurut Alberts , Hassan akan mula menyertai rakan sepasukan menjalani latihan pada minggu hadapan namun tidak menolak kemungkinan khidmat pemain itu tidak akan digunakan sepenuhnya.

“Hassan masih memerlukan masa untuk memulihkan kecergasannya selepas berehat lama.

“Apapun, kita bersyukur kerana kehadiran semula Hassan akan memantapkan semula jentera serangan Sarawak,” katanya.

Alberts pada masa sama optimis anak-anak buahnya mamp u m e – lepasi peringkat kumpulan sekali pun tanpa khidmat Muamer.

Katanya , Sarawak masih memiliki barisan pemain berkualiti seperti Joseph Kalang Tie dan Ryan Alan Griffiths yang mampu membawa cabaran Ngap Sayot pada kempen kali ini.

Sarawak diundi dalam Kumpulan B bersama Terengganu, Kedah dan Perak.

Mereka akan memulakan saingan menentang Terengganu pada 14 Ogos di Stadium Negeri.

 

Advertisement