Anda di sini

Pasukan keselamatan dua negara rai Hari Raya bersama

Advertisement

TETAP MERIAH: Zaki bersama TD dan TNI-AD Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kem JPG Biawak, baru-baru ini.

Oleh Henrietta Liza //

KEHANGATAN sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tetap dirasai mereka yang mengawal keselamatan persempadanan negara Sarawak-Kalimantan walaupun berjauhan dari ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai, baru-baru ini.

Tambah pula Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kem JPG Biawak dihadiri Panglima Pemerintahan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Beliau disambut meriah oleh Pegawai Memerintah Bn 13 RAMD, Leftenan Kolonel Kamil Abdul Latif dan anggota Tentera Darat (TD) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI-AD).

Majlis yang disambut secara sederhana itu juga bertujuan untuk merayakan anggota tentera yang sedang bertugas di kawasan operasi menjelang raya.

Selain itu ia turut mewujudkan jalinan silaturahim yang erat antara dua buah negara Malaysia (Sarawak) dan Indonesia (Kalimantan) dalam melaksana pengawasan keamanan sempadan negara ini.

Zaki turut memberi sumbangan raya kepada mereka yang bertugas di perbatasan negara.

Advertisement