Anda di sini

Ling juara Golf Masters Amatur Senior

Advertisement

KUCHING: Pemain Kelab Golf Sibu Ling Soon Kiong ditabalkan johan Kejohanan Golf Masters Amatur Senior Sarawak yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada minggu lepas.

Ling merekod markah gros sebanyak 82 pada saingan hari Sabtu sebelum mencatat 76 pada Ahad untuk mengumpul 158 markah, membolehkan beliau merangkul Trofi Datuk Mohd Amin Satem.

Wakil KGS Mohd Ashari Abdul Rahim ditempat kedua manakala Fong Chan Kwee dari Kelab Rahman Putra Malaysia di tempat ketiga.

Tempat keempat hingga ke-9 disandang Ng Loong Fah, Muas Sebli, Joseph Lau, Michael Lim, Jimmie Teo dan Peter Tan.

Manakala Presiden KGS Hoan Kee Hock berpuas hati di tangga ke-10.

Saingan nett pula menyaksikan wakil KGS Gabriel Edwin Blassan mencatat 141 untuk muncul juara, diekori dua rakan sepasukan Gilbert Ho dan Gerawat Gala untuk masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Tempat keempat hingga kelapan milik Leong Chin Hin, Dillah Ahmad, Leonard Martin Uning, Anthony Kearsley dan Robert Elone.

Sementara itu, pemain KGS menyapu bersih tiga tempat teratas dalam kategori nett 55-65 tahun menyaksikan Hat @ Bong Hata Marzuki johan dengan 146 (kiraan semula), Yakop Jalel (146) dan Lai Boon Seng Seng (147).

Dr Mosko Reubenof juga dari KGS muncul johan kategori nett 66-75 tahun dengan markah 146.

Beliau menewaskan rakan sepasukan Sia Chui Seng sementara Goh Thai Soon dari Samarahan Country Club (SCC) di tempat ketiga.

Pemenang kategori nett 76 tahun ke atas disandang Augustine Lee dari SCC dengan markah 150.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Andrew Teng Tung Kong mewakili KGS menggondol tempat kedua dan ketiga.

Pemenang hadiah harian disandang oleh Bajuri Jaujie (69 – nett hari pertama), Henry Jelian Nanta (70 – nett hari kedua), Abu Bakar Kiprawi (80 – gross hari pertama) dan Martin Wong Ting Hin (83 – gross hari kedua).

Seramai 120 pemain golf dari seluruh negara berhimpun selama dua hari di menyertai kejohanan anjuran Senior Golfers’ Society of Sarawak.

Kelab yang turut serta adalah KGS, Kelab Golf Bintulu, Kelab Golf Miri, Damai Golf and Country Club, SCC, Sarawak Junior Golf First Association, Kelab Golf Sibu, Kelab Golf, Sabah Golf and Country Club, Kelab Rahman Tunku Putra Malaysia, Awana Golf and Country Club, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Tiara Melaka Golf and Country Club and Kelab Golf Kinabalu.

 

Advertisement