Anda di sini

Lelaki dipenjara 18 bulan kerana menipu kerja luar pantai Qatar

Advertisement

KUCHING: Mahkamah Majistret semalam menjatuhkan huku­man penjara selama 18 bulan serta denda RM1,000 dan jika gagal membayar, satu bulan penjara ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah atas tuduhan menipu seorang lelaki sebanyak RM700 dalam penipuan pekerjaan luar pesisir di Qatar.

Majistret Zubaidah Sharkawi mengenakan hukuman itu terhadap John Aryu, 27, dari Rumah Junis, Kampung Kelupu, Bintangor dan dia disabitkan di ba­wah Seksyen 420 Ka­nun Keseksaan kerana menipu.

Seksyen itu mempe­runtukkan hukuman denda tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 10 tahun penjara dengan sebatan atau denda.

John didakwa menipu Florentius Razelan, 29, dengan mempedayakan mangsa bahawa terdapat peluang pekerjaan seb­agai ‘rigger’ di Doha, Qatar.

Wang itu kemudian diserahkan kepada ter­tuduh pada jam 9.15 malam pada 24 Jun di Open Air Market.

Fakta ringkas kes me­nyatakan mangsa ber­jumpa dengan tertuduh di Open Air Market bagi menyerahkan bayaran untuk kerja pesisir pan­tai bagi abang ipar dan kawannya.

John kemudian di­tangkap pada 11 Julai sekitar jam 3.15 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dari Kuching di Balai Polis Sri Aman.

Difahamkan, be­liau akan berhadapan dengan beberapa lagi pertuduhan sama. Dia ditangkap atas penipuan pekerjaan di mana lebih 25 individu menjadi mangsa.

Mangsa dikatakan dijanjikan pekerjaan di Timur Tengah yang menawarkan pulangan lumayan yang hakikat­nya tidak wujud.

Mangsa-mangsa dim­inta membayar RM350 untuk pasport dan uru­san visa.

Laporan polis dibuat oleh mangsa-mangsa selepas menyedari diri diperdayakan.

Pendakwaan dilaku­kan oleh ASP Aus­tin Patrick Angkon, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement