Anda di sini

JKM agih 15,000 kotak air mineral kepada penduduk Batang Igan

Advertisement

MUKAH: Penduduk di sekitar kawasan Batang Igan menerima bantuan air mineral sepanjang musim kemarau ini.

Menurut Penolong Pegawai Kebajikan Daerah Dalat Nazri Sarkawi, sepanjang tempoh kemarau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dalat telah melakukan lima kali pengagihan air mineral kepada penduduk di sekitar kawasan Batang Igan.

Beliau memberitahu, ke-semua penghantaran itu me-libatkan pengagihan 15,000 kotak air mineral kepada 3,500 orang daripada 900 keluarga di kawasan tersebut.

Nazri berkata JKM komi-ted menyalurkan bantuan kepada mereka berikutan permohonan mereka untuk mendapatkan air minuman.

“Kami sentiasa komited membantu dan menyalurkan bantuan kepada mereka untuk mendapat bantuan air sepanjang musim kemarau ini.

“Bantuan akan disalurkan secara berterusan sepanjang musim kemarau selagi mereka ada memohon untuk mendapatkan air mineral,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Difahamkan bantuan se-terusnya akan disalurkan dalam masa terdekat.

Selain itu, penduduk di sekitar kawasan Batang Igan mempunyai jarak yang jauh dan menjadi kekangan untuk kerja penyambungan air paip bersih.

 

 

Advertisement