Anda di sini

Dua kebakaran lalang, tanah gambut di Limbang sepanjang sambutan Aidilfitri

Advertisement

LIMBANG: Dua kes kebakaran lalang dan tanah gambut dilaporkan berlaku sepanjang sambutan Ai-dilfitri ini di daerah ini, kata Ketua Bomba Zon Limbang Anuar Shadzat Merdzuki.

Anuar berkata antara kawasan yang terlibat ialah di Jalan Buangsiul dan kawasan Kampung Bakol manakala di Lawas setakat ini belum ada laporan mengenai kebakaran lalang dan tanah gambut berlaku.

Katanya ekoran cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini, orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Jangan melakukan pembakaran terbuka memandangkan keadaan kemarau yang melanda negeri kita sekarang ini dan dijangka akan berlanjutan hingga hujung tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Anuar berkata dalam keadaan cuaca seperti ini, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga iaitu tidak melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan pembakaran terbuka.

Beliau menambah, aktiviti pembakaran secara terbuka seharusnya dielakkan pada musim panas kecuali jika dilakukan untuk tujuan per-tanian.

“Jika mereka ingin melakukan pembakaran untuk aktiviti pertanian sekalipun, mereka perlu mempunyai kawasan sempadan pembakaran yang teratur,” ujar-nya.

Ia katanya penting agar api dapat dikawal dan mengelak daripada merebak ke kawasan lain.

Dalam pada itu Anuar berkata pihaknya akan mengadakan lebih banyak program kesedaran pembakaran terbuka di ladang kelapa sawit dan rumah panjang yang sudah bermula dan diteruskan sepanjang tahun ini bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai aspek keselamatan.

“Sebanyak lapan program akan dijalankan yang menyasarkan penduduk kampung dan pekebun agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka selain aspek keselamatan kebakaran.

“Aspek kesedaran ini perlu ditekan dan dipertingkatkan bagi memasti-kan mereka memberi perhatian kepada tindakan awal khususnya dalam menghadapi kebakaran,” katanya.

 

Advertisement