Anda di sini

Pemandu bas kolej IKIP maut dalam kemalangan

Advertisement

AJAL: Bas Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP) menghempap sebuah kereta dalam kemalangan maut yang mengorbankan pemandu bas tersebut di Kampung Tanjung Lumpur di Kuantan, semalam. — Gambar Bernama

KUANTAN: Pemandu bas Kolej IKIP maut selepas bas yang dipandunya terbabas di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran sebuah stesen minyak dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata Wan Mohd Shah Wan Ramlee, 58, dari Lorong Kempadang Perdana 18 dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.

“Nahas berlaku semasa mangsa, yang memandu bas tanpa penumpang itu, dalam perjalanan dari arah Sungai Soi menghala ke bandar Kuantan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa terjatuh daripada bas itu selepas cuba menutup pintu bas yang terbuka secara tiba-tiba sebelum kepalanya dilenyek tayar bas.

“Bas itu hilang kawalan lalu melanggar dua buah kereta dan sebuah van yang diletakkan di kawasan berhampiran,” katanya di sini, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. — Bernama

Advertisement