Anda di sini

Lelaki luka dan melecur dalam kebakaran

Advertisement

TINGGAL ARANG: Rumah milik Ranggau musnah dalam kebakaran petang Isnin lalu.

BINTULU: Seorang lelaki mengalami luka serta melecur di beberapa bahagian badannya dalam kebakaran yang memusnahkan rumah milik keluarganya di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidu-rong di sini petang Isnin lalu.

Dalam kebakaran sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa Ranggau Sapit sedang mandi di sebuah sungai yang terletak tidak jauh dari rumahnya yang terbakar.

Menurut sumber, sebaik menyedari rumahnya terbakar, Ranggau cuba masuk ke dalam rumahnya bagi mengambil barang penting miliknya dan keluarga namun api marak dengan cepat sehingga mengakibatkannya cedera di bahagian kepala dan belakang ba-dan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu yang menerima panggilan kecemasan bergegas dan tiba di tempat kejadian sekitar jam 2.15 petang seterusnya berusaha memadamkan api.

Sejurus api berjaya dikawal, anggota bomba mendapati kebakaran turut memusnahkan sebuah motosikal milik mangsa dan sebuah lagi milik saudaranya yang diletakkan tidak jauh dari rumah mangsa.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan polis dan unit forensik.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bintulu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Advertisement