Anda di sini

Koleksi alat muzik tradisional dan barang antik lesap

Advertisement

KUCHING: Koleksi alat muzik tradisional dianggarkan bernilai RM8,000 antara barang yang dilaporkan hilang dalam satu kejadian pecah rumah di Taman Satria BDC, di sini malam kelmarin.

Menurut sumber, alat muzik tersebut yang diperbuat daripada tembaga disedari hilang oleh pemiliknya apabila tiba di rumah tersebut dan mendapati tingkap belakang rumahnya telah dibuka secara paksa iaitu sekitar jam 8.30 malam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pelbagai koleksi alat muzik tradisional yang diperbuat daripada tembaga serta barang-barang antik seperti radio, dulang dan cerek bernilai mencecah RM8,000 hilang.

“Selain itu, koleksi duit kertas dan siling lama bersama barang kemas juga turut lesap,” kata sumber.

Pemiliknya kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian di balai polis berhampiran.

Sehingga berita ini ditulis semalam, pihak polis masih menjalankan siasatan daripada semua aspek untuk menjejaki suspek.

Advertisement