Anda di sini

Empat stor padi, satu stor tong gas ranap dalam kebakaran

Advertisement

MUSNAH: Stor yang dijadikan tempat menyimpan tong gas musnah dalam kebakaran tersebut.

MARUDI: Lima stor milik penduduk Long Miri, dekat sini, musnah dijilat api, dalam kejadian yang berlaku petang kelmarin.

Empat daripada stor tersebut digunakan untuk menyimpan padi manakala sebuah digunakan untuk menyimpan tong gas.

Menurut sumber, kebakaran berlaku sekitar jam 3 petang kelmarin dan api yang marak dari salah sebuah stor berkenaan telah merebak dengan pantas lalu membakar yang lain.

Menurut sumber itu lagi, penduduk kampung telah berusaha sedaya-upaya memadamkan kebakaran dan api hanya berjaya dikawal pada jam 5 petang.

Difahamkan stor berkenaan didirikan berdekatan rumah panjang, menyebabkan penduduk bertungkus-lumus memadamkan api bagi mengelak ia merebak dan membakar rumah panjang mereka.

Sementara itu wakil Pejabat Kebajikan Daerah Marudi, yang dihubungi semalam memberitahu ba-hawa empat unit stor yang terbakar itu ialah stor padi sementara sebuah lagi ialah stor tempat menyimpan tong gas.

Anggaran kerugian ialah RM60,000.

Percaya atau tidak, salah seorang pemilik stor berkenaan dalam laporan polisnya turut memberitahu bahawa dua bentuk cincin emasnya yang disimpan da-lam stornya turut hangus terbakar dalam kejadian itu.

Long Miri ialah rumah panjang milik suku kaum Kayan yang juga rumah panjang bekas ketua masyarakat yang tidak asing di ka-langan Orang Ulu iaitu bekas Temenggung Pahang Deng Anyie.

Advertisement