Anda di sini

Salibasic punyai seminggu lagi

Advertisement

KUCHING: Muamer Salibasic cuma mempunyai kurang seminggu bagi menentukan sama ada beliau akan masih bermain untuk Sarawak sebelum sepak mula Piala Malaysia minggu depan.

Walaupun menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang positif dan dijangka dimasukkan dalam kesebelasan utama pasukan, pemain import dari Bornia Herzegovina itu sekali lagi disenaraikan dalam senarai skuad negeri.

Menunjukkan keberkesanan kepada Sarawak semasa musim pertama tahun lalu ketika Sarawak masih bermain di dalam Liga Perdana, Salibasic bagaimanapun tidak menikmati musim yang baik dalam tahun ini apabila sering dibelenggu kecederaan.

Justeru, Jurulatih Sarawak Robert Alberts semalam berkata bahawa beliau berharap agar Salibasic sembuh secepat mungkin agar dapat bermain dalam saingan Piala Malaysia nanti.

Menurut Alberts, Salibasic kini berada di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan pakar- pakar di sana.

Namun demikian, tahap kecederaan terperinci Salibasic adalah tidak diketahui tetapi beliau dipercayai mengalami kecederaan lutut.

“Beliau sering mengadu kesakitan di lutut… rawatan di Kuala Lumpur mungkin yang terakhir diuruskan oleh pasukan untuknya di mana kami tidak mempunyai pilihan lain lagi untuk merawat kecederaannya,” katanya.

Namun demikian, Alberts berkata beliau mahu tahu keputusan perubatan Salibasic secepat mungkin kerana beliau masih mempunyai peranan yang penting di dalam pasukan.

Menjaringkan 16 gol dalam 29 penampilan bersama Sarawak setakat ini, Salibasic telah ditandatangani dari NK Podgrmec, Bosnia Herzegovina dalam 2013.

Advertisement