Anda di sini

35 motosikal ditahan dalam Ops Cantas Khas

Advertisement

ANTARA motosikal yang ditahan dalam operasi terbabit.

PENAMPANG: Sebanyak 35 buah motosikal ditahan polis atas pelbagai kesalahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di Jalan Tambunan-Sapulut-Donggongon di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintenden Ratan Kumar Singh berkata,  dalam operasi kira-kira jam 3 petang itu, kebanyakan yang terlibat didapati menunggang tanpa lesen.

Katanya, sebanyak 62 saman melibatkan pelbagai kesalahan turut dikeluarkan polis dalam operasi berkenaan.

“Seorang daripada 16 penunggang motosikal yang diarah menjalankan ujian air kencing ditangkap kerana didapati positif dadah,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Selain itu jelasnya, seorang lagi turut ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

Ratan menggesa kepada ibu bapa supaya memerhatikan anak masing-masing agar tidak menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen.

Advertisement