Anda di sini

180 pemain golf rebut Piala Masing

Advertisement

KUCHING: Kejohanan Golf Terbuka Sarawak Amateur Masters Ke-7 2014 Piala Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing bermula pada 22 hingga 24 Ogos bakal menjadi rebutan 180 pemain golf.

Berlangsung di Damai Golf and Country Club (DGCC), kejohanan itu menyediakan hadiah wang tunai RM20,200 untuk juara gross.

Kejohanan sama turut menyediakan hadiah berupa kereta Mitsuoka Noura 2.0 L bernilai RM180,000 bagi pemain yang berjaya melakukan pukulan ‘hole-in-one’.

Bercakap pada sidang media semalam, Dr Masing yang merupakan Menteri Kemajuan Tanah berkata kejohanan kali ini turut disertai pemain golf dari Sabah.

“Kita sudah menghantar surat ke kelab golf di Sabah untuk menjemput pemain mereka menyertai kejohanan ini,” katanya yang juga penanung kejohanan tersebut.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM280 dan tarikh tutup jam 5 petang, pada 12 Ogos ini.

Juara ‘nett’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM9,400, baucar dan trofi.

Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) yang juga Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip.

Advertisement