Anda di sini

Yee meraih gangsa heavyweight 72.1kg

Advertisement

GLASGOW: Atlet paralimpik negara Jong Yee Khie menyumbang pingat gangsa dalam acara powerlifting kategori heavyweight 72.1kg lelaki pada Sukan Komanwel ke-20 di Auditorium Clyde pada Sabtu lalu.

Yee Khie melakukan angkatan 178kg di tempat ketiga manakala pingat emas acara itu dimenangi Abdul Azeez Ibrahim dari Nigeria dengan angkatan 197kg manakala perak menjadi milik Rajinder Rahelu dari India, 180.5kg.

Yee Khie berkata beliau sangat teruja apabila berjaya membantu kontinjen Malaysia menyumbang pingat pada temasya kali ini, iaitu pingat pertamanya buat negara.

Bagaimanapun seorang lagi atlet negara Mohd Shahmil Md Saad terpaksa berpuas hati dengan kedudukan kelima dengan angkatan 168.8kg. — Bernama

Advertisement