Anda di sini

Seorang maut, tiga cedera parah

Advertisement

MALANG: Kereta terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu pagi semalam.

BINTULU: Seorang menemui maut manakala tiga lagi cedera parah di bahagian tubuh dan kepala setelah kereta jenis Perodua Alza dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan lalu merempuh sebatang pokok dalam kemalangan kendiri di Jalan Tanjung Kidurong sekitar jam 8.30 pagi semalam.

Mangsa meninggal dunia merupakan pemandu kereta berkenaan dikenali Bangau Atau, 50, berikutan impak kuat insiden itu.

Menurut sumber, semasa kejadian kereta terbabit dalam perjalanan dari Kidurong menuju ke Medan Jaya sebelum hilang kawalan lalu merempuh pokok dan terjatuh ke dalam parit.

Anggota Balai Bomba Pusat Bintulu dengan sebuah jentera penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian dan serta-merta melakukan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan semua mangsa tersepit di celah-celah kenderaan berkenaan.

Sejurus dikeluarkan mayat mangsa serta tiga lagi penumpang dalamnya dibawa ke Hospital Bintulu bagi pemeriksaan lanjut.

Advertisement