Anda di sini

Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perdagangan 2 tahun sahaja di UC

Advertisement

Oleh Florence Nervyn //

TERIMA KASIH: Dr Cochrance menerima tanda penghargaan yang disampaikan oleh Judy Wong (kiri).

DELEGASI dari University Of Canterbury (UC), Christchurch, New Zealand telah mengadakan lawatan ke Methodist Pilley Institute (MPI) di Sibu, baru-baru ini.

Rombongan itu telah diketuai oleh Naib Canselor UC, Dr Hamish Cochrance dan Ketua Perniagaan dan Undang-undang, Profesor Sonia Mazey.

Pada program lawatan itu, Dr Cochrance turut mengadakan sesi ceramah pendidikan di UC yang berlangsung di Dewan Kuliah MPI.

Hadir sama ialah Pengerusi Alumni UC cawangan Sibu, Dato James Tai dan Pengetua MPI, Judy Wong.

UC menawarkan laluan pemindahan kredit bagi program Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (BCom) untuk pelajar mengikuti pengajian pada peringkat Diploma Pengurusan Perniagaan atau Diploma Perakaunan.

Pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma boleh dikreditkan sehingga 120 mata (satu tahun pengajian).

BERI TUMPUAN: Para pelajar MPI mengikuti ceramah pendidikan yang disampaikan oleh Dr Cochrance.

Ini bagi membolehkan mereka melengkapkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perdagangan (BCom) di UC dalam tempoh dua tahun sahaja, bukannya tiga tahun.

Terdapat 11 subjek major yang ditawarkan di bawah BCom iaitu Perakaunan, Ekonomi, Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Sistem Maklumat, Perniagaan Antarabangsa, Pengurusan, Operasi dan Pengurusan, Pemasaran, Strategi dan Keusahawanan serta Cukai dan Perakaunan.

Di samping itu, UC turut menawarkan persekitaran kampus yang bertenaga serta gaya hidup yang menarik kepada para pelajar dari seluruh dunia dan juga kakitangannya.

Sekolah Perniagaan dan Ekonominya pula dilengkapi dengan Makmal Eksperimen Ekonomi (NZEEL) bertaraf dunia, bilik kuliah dan ruang tutorial.

Salah satu daripada jurusan yang paling terkenal yang ditawarkan di UC ialah Perakaunan.

UC adalah institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh New Zealand Institute of Chartered Accountants (NMZICA).

Terdapat juga biasiswa yang disediakan kepada pelajar antarabangsa melalui UC dan kerajaan New Zealand.

Salah satu daripadanya ialah Biasiswa Alumni Malaysia.

Biasiswa tersebut akan diberikan setiap tahun kepada pelajar dari Malaysia yang mendaftar sepenuh masa di UC.

Selain itu, para pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti program sepenuh masa 12 bulan atau lebih boleh bekerja sehingga 20 jam seminggu sepanjang tahun dan sepenuh masa sepanjang cuti musim panas.

Mereka juga mungkin layak untuk Visa Carian Kerja Siswazah selepas menamatkan pengajian jika mahu tinggal dan bekerja di New Zealand.

Visa tersebut membolehkan graduan mencari pekerjaan tetap sehingga tempoh 12 bulan.

Jika berjaya, mereka boleh bekerja untuk tempoh dua hingga tiga tahun di bawah Kategori Kajian Kerja.

Advertisement