Anda di sini

Mangsa kebakaran di Rampangi dibantu

Advertisement

RINGAN BEBAN: Dr Abdul Rahman menyerahkan sumbangan kepada Haidil sambil disaksikan kepimpinan PBB Cawangan Pantai Damai, kelmarin.

KUCHING: Kemusnahan kediaman Syed Haidil Syed Ahmad di Kampung Rampangi dalam kebakaran Jumaat lepas mendapat perhatian orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.

Kelmarin, Dr Abdul Rahman menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan makanan kepada Haidil untuk mengurangkan sedikit bebanan yang dialaminya akibat tragedi tersebut.

Sedih dengan nasib yang menimpa keluarganya, Haidil melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberikan.

“Saya memang masih sedih dengan nasib yang menimpa kami sekeluarga,” katanya.

Selain Dr Abdul Rahman, Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai yang diwakili Merdehi Mas turut menyampaikan sumbangan.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan itu ialah Ketua Pergerakan Wanita PBB Cawangan Pantai Damai Jamaiyah Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa PBB Cawangan Pantai Damai.

Jumaat lepas kediaman milik Haidil,32, musnah dalam kebakaran ketika dia bersama isteri dan tiga anaknya beraya ke rumah saudara.

Kerugian yang dialami Haidil mencecah RM200,000 dan rumah tersebut baharu sahaja diubah suai.

Advertisement