Anda di sini

Terjun: Malaysia berpeluang tambah pingat

Advertisement

EDINBURGH: Penerjun Malaysia yang bertanding di Sukan Komanwel Ke-20 masih ada peluang untuk memenangi pingat lagi pada hari terakhir pertandingan.

“Pada keseluruhan, penerjun kita menunjukkan peningkatan tinggi terutamanya peserta muda.

“Pada hari terakhir (Sabtu waktu Scotland), penerjun kita mesti benar-benar fokus. Satu kesilapan mungkin sangat merugikan,” kata Setiausaha Kesatuan Renang Amatur Malaysia Edwin Chong kepada Bernama.

Edwin, yang juga pengurus pasukan terjun Malaysia bagi Sukan Glasgow, berkata tidak seperti dahulu, penerjun kebangsaan kini merupakan prospek pingat di kejohanan antarabangsa.

“Jika kita menurunkan tiga penerjun pada peringkat kelayakan, ketiga-tiga mereka berupaya mara ke peringkat akhir. Ini tidak pernah berlaku pada masa lalu,” tambahnya. — Bernama

Advertisement