Anda di sini

Muamer, Hassan jalani rawatan khas

Advertisement

Oleh Harry Ilias //

Usaha terakhir pulih kecederaan sebagai persediaan hadapi Piala Malaysia

KUCHING: Dua penyerang Sarawak, Muamer Salibasic dan Hassan Mohamed akan menjalani rawatan khas dalam usaha terakhir memulihkan kecederaan mereka sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia yang akan bermula pada 13 Ogos ini.

 Ketua Jurulatih Robert Alberts berkata, Muamar akan diterbangkan ke Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan lanjut di Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu hadapan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapinya.

 Di sana, beliau akan mendapatkan nasihat pakar mengenai kecederaan Muamer dan apa yang perlu dilakukan untuk menyembuhkan pemain itu dalam tempoh terdekat ini, katanya.

 Manakala Hassan, katanya, akan menerima suntikan ‘infiltration’ juga pada minggu hadapan sebagai usaha terakhir untuk menyembuhkan kecederaannya.

 “Nasib kedua penyerang ini akan ditentukan pada minggu hadapan.Sudah tentu kita mengharapkan mereka dapat beraksi semula namun ia bergantung kepada keputusan rawatan yang akan mereka jalani,” menurut Alberts semalam.

 Kedua-dua tonggak itu menimbulkan kerisauan Alberts setelah mengalami kecederaan berulang ketika skuad Sarawak hendak mengadakan jelajah ke Indonesia baru-baru ini.

 “Pemain perlu tahu, kita akan mengharungi enam perlawanan penting dalam tempoh 18 hari.Ia memang menyukarkan bagi semua pasukan yang bertanding, namun itulah hakikat yang harus kita tempuhi,” katanya.

 Albert bagaimanapun tidak berani memberi jaminan kedua-dua pemain itu dapat beraksi pada kempen Piala Malaysia nanti.KUCHING: Dua penyerang Sarawak, Muamer Salibasic dan Hassan Mohamed akan menjalani rawatan khas dalam usaha terakhir memulihkan kecederaan mereka sebagai persediaan menghadapi Piala Malaysia yang akan bermula pada 13 Ogos ini.

Ketua Jurulatih Robert Alberts berkata, Muamar akan diterbangkan

ke Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan lanjut di Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu hadapan untuk mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapinya.

Di sana, beliau akan mendapatkan

nasihat pakar mengenai kecederaan Muamer dan apa yang perlu dilakukan untuk menyembuhkan

pemain itu dalam tempoh terdekat ini, katanya.

Manakala Hassan, katanya, akan menerima suntikan ‘infiltration’

juga pada minggu hadapan sebagai usaha terakhir untuk menyembuhkan kecederaannya.

Nasib kedua penyerang ini akan ditentukan pada minggu hadapan. Sudah tentu kita mengharapkan

mereka dapat beraksi semula namun ia bergantung kepada keputusan rawatan yang akan mereka jalani,” menurut Alberts semalam.

Kedua-dua tonggak itu menimbulkan

kerisauan Alberts setelah mengalami kecederaan berulang ketika skuad Sarawak hendak mengadakan jelajah ke Indonesia baru-baru ini.

Pemain perlu tahu, kita akan mengharungi enam perlawanan penting dalam tempoh 18 hari. Ia memang menyukarkan bagi semua pasukan yang bertanding, namun itulah hakikat yang harus kita tempuhi,” katanya.

Albert bagaimanapun tidak berani memberi jaminan kedua-dua pemain itu dapat beraksi pada kempen Piala Malaysia nanti.

Advertisement