Anda di sini

Tindakan bas kilang mogok hanya rugikan rakyat

Advertisement

JOHOR BAHARU: Tinda-kan pemandu bas kilang mengadakan mogok di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi semalam berikutan pelaksanaan kadar tol baharu, adalah tindakan yang tidak munasabah dan hanya menyusahkan rakyat.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata sebaliknya, operator bas kilang perlu berbincang dengan syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka sekiranya didapati kos meningkat.

“Mereka tinggalkan penumpang di Causeway, lepas tu (mereka ini) terpaksa berjalan ke Singapura. Ini adalah tindakan yang tidak adil dan munasabah. Bukannya cara yang baik untuk menyelesaikan masalah,” kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Syed Hamid berkata kos kenaikan bukan ditentukan oleh kerajaan semata-mata dan seharusnya pengusaha ini perlu berbincang dengan syarikat berkenaan memandangkan mereka di bawah kontrak syarikat itu.

Mogok yang bermula jam 4 pagi itu melibatkan 200 pemandu bas kilang yang enggan memasuki Singa-pura dan menyebabkan laluan trafik sesak di CIQ selain menyebabkan ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas penumpang di Woodlands untuk ke tempat kerja ma-sing-masing.

Kesesakan itu juga me-nyebabkan beberapa bas perkhidmatan awam Singa-pura ke Johor Baharu ditangguhkan perkhidmatan pada jam 8.05 pagi dan hanya menyambung perkhidmatan pada 10.11 pagi, menurut kenyataan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) melalui akaun rasmi Twitter.

Terdahulu, sebuah laporan berita menyebut protes peng-usaha bas kilang tersebut dipercayai berpunca daripada ketidakpuasan hati akibat kenaikan kadar tol.

Kadar tol baharu arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah ma-sing-masing RM9.70 (kereta); RM14.70; RM19.70, RM4.80 (teksi) dan RM7.80 (bas) manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80 (kereta); RM10.20; RM13.60; RM3.40 (teksi) dan RM5.50 (bas).

Singapura turut menaikkan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singapura dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90) sehari mulai hari ini.

Pada masa sama, bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) berdaftar di negara luar pula dinaikkan daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 atau RM102.88.

Syed Hamid berkata ber-ikutan tindakan pengusaha bas kilang itu, SPAD akan menyiasat sama ada mereka ini melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat.

“Ini adalah sesuatu yang dibuat untuk negara (peng-umuman tol baharu) dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak. Singapura juga melakukan perkara yang sama dengan menaikkan VEP.

“Pada saya, SPAD akan lihat sama ada tindakan operator bas kilang ini melanggar mana-mana peraturan. Pada saya, mereka ini tertakluk kepada undang-undang iaitu membawa penumpang, tidak boleh menyusahkan orang ramai atau mendatangkan kesulitan kepada mereka,” kata beliau.

Sementara itu, seorang pemandu bas yang terlibat dengan protes itu, S. Naidu berkata kadar tol baharu itu akan membebankan mereka kerana terpaksa membayar RM1,000 sebulan untuk menghantar dan mengambil pekerja ke Singapura.

“Kami tidak menentang pelaksanaan bayaran tol tersebut, namun berharap kadarnya dapat diturunkan agar bayaran yang dikenakan lebih munasabah dan tidak membebankan,” katanya.

Bagaimanapun protes yang dilakukan oleh pemandu bas kilang itu, dikesali ramai.

Pemandu bas swasta, Awang Yusof menyifatkan tindakan itu tidak men-datangkan sebarang faedah malah menyusahkan orang ramai.

“Mogok ini tak ada meng-untungkan malah me- nyusahkan. Kalau boleh bekerjasama, mana-mana yang kerajaan buat kita ikut saja. Janganlah buat macam tu,” katanya kepada Bernama di sini.

Presiden Gabungan Persatuan Teksi Johor, Raja Mohd Nor Mohamad berkata perkara tersebut tidak perlu diperbesar-besarkan kerana hasilnya akan diterima rakyat juga.

“Apa yang kerajaan buat hari ini, saya rasa dah terfikir yang terbaik pada kerajaan. Kerajaan takkan buat sewenang-wenangnya tanpa perundingan dan dihebahkan setelah peratusan bersetuju lebih daripada peratusan yang membangkang,” katanya.

Pemandu teksi, Mohd Shah Ibrahim berkata beliau setuju dengan kadar tol tersebut dan berpendapat semua pihak perlu akur dengan keputusan itu.

Bagi pengusaha bas kilang, Chen Ee Teong ketika dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai mogok itu namun percaya ia dilakukan berikutan pelaksanaan tol baharu itu.

“Mereka terpaksa berulang-alik beberapa kali sehari untuk mengambil pekerja dan saya percaya mereka berbuat demikian untuk mengutarakan masalah mereka,” katanya dan menambah pemandu basnya ada mendengar mengenai mogok itu akan diadakan semalam. — Bernama

 

Advertisement