Oleh Saleman Senin
BETONG: Dua pasukan yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri akan berentap pada final Kejohanan Piala Datuk Patinggi Jabu Edisi Ke-16 yang menutup tirainya pada 21 Ogos ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) Nelson Kloni Kanang berkata, final yang dijangka hebat itu nanti akan mempertemukan pasukan EG Galaxy dan Pelados Spaoh.
“Kita telah berbincang dengan Datuk Patinggi (Jabu) berhubung perkara tersebut dan telah menetapkan 21 Ogos untuk aksi final.
“Saya harap kedua-dua pasukan telah bersedia untuk aksi tersebut setelah begitu lama menunggu tarikh final dan saya juga memohon maaf atas kelewatan ini.
“Sebenarnya, kita telah merancang awal untuk men-gadakan perlawanan akhir tersebut berikutan aksi liga telah tamat dan penentuan untuk aksi final juga telah diketahui. Namun jadual Datuk Patinggi yang sen-tiasa padat menyebabkan kita terpaksa mencari tarikh yang sesuai untuk perlawa-nan itu.
“Untuk perlawanan akhir juga, beliau telah meminta untuk merasmikan perlawa-nan tersebut yang merupakan kejohanan bola sepak antara yang berprestij di Sarawak,” ujarnya.
Semantara itu, skuad EG Galaxy yang menjuarai carta Liga Betong baru-baru ini dan menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim, pastinya tidak mahu berputih mata setelah tiga tahun mencuba, namun kali ini mereka tampil dengan semangat untuk merampas piala berprestij sekali gus merangkul kejuaraan musim ini dengan rekod tanpa kekalahan.
Dikuatkan dengan barisan pemain muda yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi dengan mutu permainan yang seimbang di setiap posisi pastinya menyukarkan pergerakan pemain lawan.
Jika menang, mereka bakal melakar sejarah baharu apa-bila menjulang tiga piala dalam satu musim.
Pelados Spaoh yang menyertai kejohanan sejak tujuh musim lalu dan juara bertahan, pastinya tidak mahu meneruskan penguasaan bola sepan tempatan.
Menjulang piala untuk kali kedua menjadi impian mereka, selain mengukuhkan harapan menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan secara berturut-turut.
Dibarisi pemain utama yang pernah bersama pasukan Ngap Sayot pastinya mereka tidak mahu berputih mata.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM5,000, Piala Pusingan, piala iringan berserta pingat bagi juara, manakala hadiah wang tunai RM2,500, piala iringan dan pingat untuk naib juara.
Pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan berkongsi di kedudukan ketiga bersama dan menerima wang tunai RM1,000.
Turut dianugerahkan ialah Piala Fair Play dan Piala Penjaring Terbanyak yang telah diketahui umum, namun akan diumumkan secara rasmi selesai perlawanan akhir kelak.
Bagi EG Galaxy yang menjuarai Liga Betong 2014, mereka turut menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan medal dengan hadiah-hadiah ke-menangan disumbangkan oleh Syarikat Tepat Teknik Enterprise(TTE).