Anda di sini

Wee: Proses pengendalian jenazah mangsa MH17 akan diumum kelak

Advertisement

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan meng-umumkan maklumat terperinci mengenai pengendalian proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine pada 17 Julai lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata Liow akan mengumumkan maklumat itu pada masa yang sesuai kelak kerana buat masa ini proses pengecaman mangsa bencana (DVI) masih berjalan dan mungkin mengambil masa yang lama untuk di-selesaikan.

Sehubungan itu kerajaan menerusi pelbagai kemen-terian, agensi dan pihak yang berkaitan kini sedang mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dalam membincangkan persedia-an pengurusan jenazah, katanya.

Beliau berkata beliau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup kini masih dalam proses perbincangan dengan keluarga mangsa.

“Kami berusaha mencari kaedah terbaik dalam peng-urusan jenazah bukan Islam mengikut agama masing-masing kerana dalam masya-rakat Cina tidak semuanya beragama Buddha maka memerlukan persetujuan keluarga mangsa,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Pada 24 Julai lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan telah bersetuju melantik dua menteri bagi mengendalikan proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagi jenazah mangsa beragama Islam manakala Kurup bagi jenazah bukan Islam.

Wee berkata isu berkenaan adalah antara yang dibincangkan pada mesyuarat mengenai pengendalian proses pengurusan jenazah yang dihadiri-nya semalam.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Liow, Kurup, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Othman Hashim.

Turut hadir wakil MAS dan pelbagai agensi kerajaan lain.

Wee berkata pihaknya akan turut bekerjasama dengan pertubuhan dan persatuan agama bukan Islam dalam mencari kaedah terbaik dalam pengurusan jenazah mangsa bukan Islam.

“Kerajaan, MCA dan pelbagai agensi kerajaan yang lain akan bersama-sama berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata antara masalah yang dikemukakan mereka ialah akaun bank yang dibeku, bayaran pampasan, insurans dan persekolahan anak-anak mangsa. — Bernama

Advertisement