Anda di sini

UNICEF gesa konflik di Gaza dihentikan

Advertisement

Demi kesejahteraan kanak-kanak, mengelak lebih ramai insan tidak bersalah terkorban

KUALA LUMPUR: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa semua pihak bertindak dengan waras dan menamatkan konflik di Gaza, terutama demi kesejahteraan kanak-kanak.

Pengarah Eksekutifnya Anthony Lake, berkata UNICEF juga berharap petugas bantuan kemanusiaan dibenarkan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya sebelum lebih banyak insan tidak bersalah menjadi korban dalam konflik itu.

“Apakah harapan yang masih tinggal bagi kanak-kanak ini dan golongan mereka jika orang dewasa tidak menunaikan tanggungjawab masing-masing melindungi mereka. Apakah perangai yang akan diwarisi kanak-kanak ini apabila mereka dewasa kelak?,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di New York dan dihantar kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata konflik terbaharu di Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 245 kanak-kanak terbunuh.

Sementara itu, sebagai respons kepada konflik yang sedang melanda Gaza, UNICEF Malaysia melancarkan Gaza Children’s Appeal.

Mereka yang ingin menghulurkan derma dalam Ringgit Malaysia kepada tabung rayuan itu boleh melayari laman sesawang www.helpunicef.my untuk menyalurkan bantuan melalui kad kredit. — Bernama

Advertisement