Anda di sini

Piala Perpaduan: Pasukan pilihan menepati ramalan

Advertisement

ASAJAYA: Beberapa pasukan pilihan menepati ramalan apabila masing-masing mencatat kemenangan pada perlawanan pusingan awal kejohanan bola sepak Piala Perpaduan N14 Asajaya di Padang Sukan Kampung Sambir di sini semalam.

Pendatang baharu, Bandar Selatan tidak menghadapi halangan sukar untuk mara ke pusingan kedua setelah menang tipis 2-1 ke atas Bangka Semong dalam perlawanan berlangsung awal pagi semalam.

Manakala perlawanan kedua menyaksikan Ijan FC tampak bersemangat tinggi apabila membelasah Niup Kamisa dengan jaringan besar 5-1.

Dalam aksi lain, Simpang Tanjung FC terpaksa bekerja keras sebelum menang penalti 4-2 setelah terikat 3-3 dengan pasukan Samarindah FC.

Pada sebelah petang, pasukan pilihan Kaslo FC juga menang tipis 1-0 ke atas pasukan Sapok FC.

Sementara itu, Khatulistiwa FC A dan B yang kedua-duanya turun beraksi semalam turut mencatat kemenangan untuk mara ke perlawanan seterusnya.

Hari ini, enam lagi perlawanan pusingan awal bakal berlangsung menyaksikan pertembungan beberapa pasukan pilihan yang pastinya menyajikan aksi hebat.

Advertisement