Anda di sini

MSN kecewa kekalahan skuad hoki negara kepada Trinidad & Tobago

Advertisement

EDINBURGH, Scotland: Kekalahan 4-2 skuad hoki Malaysia kepada pasukan negara kerdil, Trinidad and Tobago pada Selasa lalu tidak menyenangkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Skuad hoki lelaki yang menduduki ranking ke-13 di dunia tewas kepada Trinidad and Tobago yang menduduki ranking ke-29 dunia dalam satu perlawanan Kumpulan B semalam.

“Saya boleh katakan kita telah mencipta sejarah dengan kekalahan kepada sebuah pasukan yang tidak dikenali. Bila bercakap mengenai Trinidad and Tobago kita hanya tahu negara itu terkenal kerana pelari pecut. Kekalahan semalam mengecewakan seluruh negara.

“Saya menerima maklum balas dan kebimbangan mengenai keupayaan pasukan kebangsaan untuk berjaya dalam Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan layak untuk Sukan Olimpik di Rio de Janeiro,” katanya kepada pemberita di sini. — Bernama

Advertisement