Anda di sini

Liga Juara-Juara: Radovic ancam impian Celtic

Advertisement

Legia Warsaw membelasah juara Liga Perdana Scotland itu 4-1 pada pusingan pertama peringkat kelayakan

PARIS: Miroslav Radovic menjaringkan dua gol untuk mendorong juara Poland Legia Warsaw mendapatkan kelebihan 4-1 pada pusingan pertama ke atas Celtic yang bermain dengan 10 orang Rabu lepas pada peringkat kelayakan ketiga Liga Juara-Juara.

Callum McGregor telah memberikan permulaan yang ideal kepada Celtic apabila beliau meletakkan juara Liga Perdana Scotland itu di hadapan pada minit kelapan tetapi kelebihan pasukan pelawat diikat hampir sertamerta oleh Radovic.

Penyerang Serbia itu kemudian menjaringkan gol keduanya pada malam itu pada minit ke-36 untuk meletakkan Legia di hadapan sebelum keadaan menjadi semakin buruk bagi Celtic apabila pemain pertahanan tengah dari Nigeria Efe Ambrose dibuang dari padang kerana melakukan kesalahan profesional sejurus sebelum waktu rehat.

Dua gol lewat daripada Michal Zyro dan Jakub Kosecki akhirnya memberikan kekalahan besar kepada Celtic yang boleh jadi lebih teruk lagi jika kapten Legia, Ivica Vrdoljak dapat menyempurnakan dua tendangan penalti pada babak kedua.

Pengurus The Hoops Ronny Deila memberikan peluang bermain buat julung kalinya kepada penyerang Norway Jo Inge Berget yang menyertai kelab sebagai pemain pinjaman dari Cardiff pada Isnin lepas manakala Anthony Stokes diletakkan di bangku pemain simpanan selepas pulih dari masalah hamstring.

Malam itu bermula dengan amat bagus sekali bagi pasukan pelawat apabila McGregor, yang menjaringkan gol ketika beliau pertama kali bermain dalam perlawanan kompetitif dua minggu lalu di Reykjavik, meneruskan permulaan yang cemerlang kepada kariernya bersama Celtic apabila beliau masuk dari sebelah kanan dan meledakkan rembatan dari jarak 20 ela melepasi penjaga gol Legia, Dusan Kuciak selepas lapan minit.

Baga imanapun Le – gia kembali mengikat kedudukan hanya beberapa minit sahaja kemudian apabila Radovic dilepaskan oleh Michal Zyro dan rembatan pemain Serbia itu menemui jalan melepasi Fraser Forster.

Kris Commons menjaringkan 27 gol, yang terbaik liga, dalam liga utama Scotland pada musim lepas dan pemain tengah itu hampir memulihkan kelebihan Celtic apabila beliau melepasi pertahanan Legia sebelum melakukan rembatan yang tersasar sedikit.

Namun Legia kemudian mendahului sembilan minit sebelum waktu rehat apabila Michal Kucharczyk melakukan tandukan ke hadapan gawang untuk dirembat masuk o l e h Radovic dari jarak dekat.

Kuciak, penjaga gol tuan rumah, merebahkan badan ke sebelah kanan untuk menghalang satu cubaan oleh McGregor dan memelihara kelebihan pasukan tuan rumah sebelum Celtic menerima satu lagi tamparan seminit sebelum waktu rehat apabila Ambrose dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Kucharczyk di luar kotak penalti.

Legia cuba menggunakan kelebihan seorang pemain selepas waktu rehat dan Forster dipaksa menyekat bola dengan cantik untuk menafikan Zyro sejurus selepas perlawanan bersambung semula.

Pasukan tuan rumah kemudian diberikan tendangan penalti selepas Charlie Mulgrew me n j a t u h k a n Ondrej Duda tetapi Celtic terselamat apabila tendangan penalti seterusnya oleh Vrdoljak tersasar.

Legia yang tidak berputus asa terus mengancam dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-84 apabila Radovic membuka ruang untuk dirinya di sebelah kanan sebelum melakukan hantaran lintang yang ditanduk masuk oleh Zyro.

Malam yang malang bagi kelab dari Scotland itu di Warsaw kemudian menyaksikan Mulgrew dihukum dengan tendangan penalti kedua selepas beliau menarik Jakub Kosecki.

Menakjubnya Vrdol – jak sekali lagi tidak dapat menyempurnakan tendangan penalti apabila Forster meneka dengan betul dan terjun ke sebelah kiri untuk menolak keluar tendangan.

Namun pertahanan longgar Celtic dihukum lagi seminit selepas masa kecederaan diberikan apabila Kosecki menjaringkan gol keempat untuk melengkapkan kemenangan mengejutkan bagi juara Poland itu dan meninggalkan impian Celtic dalam Liga Juara-Juara di hujung tanduk.

Terdahulu Sebastien Corchia menandakan penampilan julung kalinya untuk Lille dengan satu gol dan satu bantuan gol untuk memberikan kemenangan 2- 0 kepada kelab Perancis itu di Zurich ke atas Grasshoppers dari Switzerland.

Zenit Saint Petersburg menyaksikan pemain antarabangsa Belgium Axel Witsel dibuang padang apabila kelab Rusia itu mengalami kekalahan 1-0 ke atas AEL Limassol di Cyprus.

Kelab Turki Besiktas menewaskan juara Eropah pada 1970 Feyenoord 2-1 di Belanda, manakala Panathinaikos, naib juara pada 1971, mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di tempat lawan dengan Standard Liege di Belgium.

Perlawanan timbal balik dijadualkan pada 5-6 Ogos dan pemenang setiap perlawanan akan mara ke peringkat play-off.  — AFP

Advertisement