Anda di sini

Hari Raya di Sri Aman disambut sederhana, penuh kesyukuran

Advertisement

KELUARGA BESAR: Haslina (tengah) bersama ahli keluarganya serta tetamu yang berkunjung di rumah beliau di Kampung Hulu.

 

HARI Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bermula Isnin diraikan dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan di Sri Aman.

Utusan Borneo yang berkesempatan mengadakan kunjungan pada majlis rumah terbuka di Sri Aman mendapati aktiviti kunjung-mengunjungi tetap menjadi antara keutamaan sambutan.

Antara rumah terbuka yang sempat dikunjungi oleh wakil Utusan Borneo Kelvin Lambai ialah Pemaju Masyarakat Khas di Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Mohd Shafi k Abdullah di Taman Sri Jaya.

Selain itu, turut mengadakan majlis rumah terbuka ialah tiga orang Guru Tabika KEMAS Sri Aman iaitu Nurul Asnie di Taman Sri Jaya, Maimunah Rajuna di Kampung Stawang dan Dayang Norsheila Zulkipli di Kampung Tengah.

Sementara itu, salah seorang ahli Jawatankuasa Pembangunan Belia Bahagian Sri Aman yang juga Pembantu Tadbir di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman Haslina Kassim turut mengadakan majlis rumah terbuka beliau di Kampung Hulu.

Salah seorang pembaca setia akhbar Utusan Borneo Shahmizal Razmi turut mengadakan majlis rumah terbuka beliau di Kampung Hilir yang turut dikunjungi oleh rakan taulan serta sahabat handainya.

Timbalan Residen Sosial Bahagian Sri Aman Hamdan Katang juga mengadakan majlis yang sama di kampung halamannya di Kampung Serembang, Spaoh.

 

Advertisement