Anda di sini

Amaran angin kencang, laut bergelora berikutan ribut Tropika Nakri

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia mengesan kejadian ribut Tropika Nakri pada Latitud 26 darjah Utara dan Longitud 127.3 darjah Timur, kira-kira 2,398 km ke Timur Laur Kudat, Sabah pada pukul 11 malam Khamis.

Sehubungan dengan itu, jabatan tersebut mengeluarkan amaran angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5km yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan, dijangka berterusan hingga Selasa depan.

Keadaan sama yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) juga dijangka berterusan sehingga tempoh yang sama sekali gus berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam pada itu, ribut petir yang berlaku di perairan Selangor dan Sarawak (Rejang) boleh menyebabkan anging kencang sehingga 50km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, dijangka berterusan sehingga awal pagi hari ini. — BERNAMA

Advertisement