Anda di sini

Kedah laksana projek pengindahan Tanjung Chali, Sungai Anak Bukit untuk pelancongan

Advertisement

ALOR SETAR: Kerajaan ne-geri Kedah akan menjalankan  usaha-usaha mengindahkan Tanjung Chali dan Sungai Anak Bukit di sini untuk dijadikan produk pelancongan terbaharu di negeri ini.

Selain projek pengindahan, kerajaan negeri juga akan mewujudkan tarikan baharu di dua kawasan terlibat se-perti restoran terapung dan pasar terapung di Tanjung Chali manakala perkhidmatan menyusuri sungai akan diada-kan di Sungai Anak Bukit dan akan turut melibatkan Sungai Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyara-kat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelanco-ngan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM6 juta untuk projek pengindahan kedua-dua lokasi itu.

Katanya projek berkenaan diluluskan dalam satu me-syuarat kerajaan negeri baru-baru ini dan kerajaan negeri telah melantik sebuah syarikat swasta untuk melaksanakan projek tersebut.

Beliau berkata perkhidmatan itu akan membolehkan pelancong menyusuri sepanjang Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit serta melihat pemandangan yang cantik seperti pokok bakau.

“Kita juga akan meminta pihak Tourism Malaysia mengeluarkan sedikit peruntukan bagi menghiasi rumah penduduk yang berada di sepanjang Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit untuk mencantikkan lagi rumah tradisional masyarakat Melayu.

“Pelancong akan teruja melihat kecantikan dan keindahan rumah Melayu serta aktiviti penduduk di sepanjang dua sungai itu,” katanya.

Mohd Rawi berkata pembinaan pasar terapung di Tanjung Chali mampu menarik perhatian pelancong untuk datang ke negeri ini bagi merasai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Kita juga akan bina dua restoran terapung di Tanjung Chali dan turut menggunakan menara Tanjung Chali untuk dijadikan restoran dan mereka (pelancong) boleh melihat keindahan bandar raya Alor Setar,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan bekerjasama dengan pihak tertentu bagi menganjurkan sukan air di Sungai Kedah bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.

Mohd Rawi berkata me-nerusi sukan air itu kerajaan negeri dapat mempromosikan Sungai Kedah dan Tanjung Chali kepada dunia sekali gus menggamit kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Kita boleh anjurkan program tahunan seperti kejohanan kenu antarabangsa dan mereka boleh menyusuri dari Sungai Kedah hingga ke Sungai Padang Terap,” katanya.

Mohd Rawi berkata dengan wujudnya produk pelancongan terbaharu itu, ia dapat membangunkan ekonomi penduduk tempatan dengan pelbagai perniagaan seperti inap desa, hotel bajet dan gerai makanan.

Katanya projek tersebut akan bermula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan sebelum ia dipromosikan kepada pelancong dalam dan luar negeri. — Bernama

Advertisement