Anda di sini

Tiada taktik kotor gagalkan UPP sertai BN

Advertisement

Oleh Agnes Tugong //

Masing bertegas patuhi peraturan seperti dilakukan dari awal permulaan sebelum ini

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing tidak akan menggunakan taktik kotor bagi menggagalkan hasrat Parti Rakyat Sarawak (UPP) untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau yang ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri kelmarin bertegas akan mematuhi peraturan seperti yang dilakukan dari awal permulaan sebelum ini.

“Ia perlu dilakukan me-ngikut kekebalan…jika kita semua setuju  maka kita terima dan begitulah sebaliknya.

“Tapi saya percaya akan ada kumpulan yang akan membantah. Satu yang pasti Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan jika saya ahli dalam kontinjen maka saya akan patuh pada peraturan BN,” katanya.

Masing yang juga Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah menambah, peraturan BN tidak harus berubah semata-mata untuk tujuan tertentu.

Peraturan BN diwujudkan untuk mempertahankan kita dan sebab itulah BN mampu bertahan sepanjang 40 tahun ini.

“BN mampu bertahan sebab kami bermain mengikuti peraturan permainan dan saya akan berpegang kepada ini,” tambahnya.

Ditanya sama ada ter-        dapat pendekatan yang boleh dilakukan bersama, Masing percaya pemimpin BN akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini.

“Kita ada dua tahun atau 18 bulan lagi dan sepanjang tempoh ini saya yakin akan ada penyelesaian untuk masalah ini.

“Jika ada kesediaan untuk menyelesaikan masalah ini saya pasti ia dapat diselesaikan mungkin dalam masa enam bulan.

“Bila kita melakukan se-suatu jangan lakukan untuk diri sendiri kita kena lakukan demi kepentingan dan kebaikan semua,” katanya.

Advertisement