Anda di sini

SUPP Matu akan hantar wakil ke TDC

Advertisement

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Matu akan menghantar wakil ke TDC SUPP di Kuching yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Pengerusi baharunya Goh Mo Huat ketika mengesah-kan perkara itu berkata selain beliau, turut menghadiri TDC itu sebagai pemerhati ialah setiausaha agung baharu, Teo Eng Yong.

Goh berkata pemilihan peringkat cawangan dilakukan pada Khamis lalu dan mereka mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya mengikut perlembagaan parti.

“Tiada pertandingan dalam pilihan raya itu, ahli-ahli jawatankuasa dipilih secara sebulat suara,” katanya.

Pegawai-pegawai lain dipilih ialah Naib Pengerusi Pong Kim Yong, Timbalan Setiausaha Lim Wei Seng, Bendahari Lim Sek Tiong dan Naib Bendahari Tan Chuan Kheng.

Ketua Pemuda SUPP Cawangan Kecil Matu ialah Lau Ai San dan Ketua Wanita Lee Xiang Hua.

Setiausaha Agung Mo Goh Soon dan Ketua Publisiti Pong Chang Kai.

Ahli-ahli jawatankuasa ialah Kueh Sie Hui, Lim Hui Ping dan Lim Kai Sek.

Goh berkata SUPP Cawa-ngan Kecil Matu memainkan peranan bersama Barisan Nasional (BN) Sarawak melalui wakil rakyat mereka bagi DUN Jemoreng Abu Seman Jahwie.

“Sebagai salah satu parti komponen BN kami terus mempromosi keharmonian kaum, salah satu daripada warna dalam sosial dan politik Matu,” katanya.

Advertisement