Anda di sini

SMK Kampung Nangka sudah bersedia hayati bulan kemerdekaan

Advertisement

Oleh Borhaniza Ali Basah //

PELANCARAN: (Dari kanan) Ibrahim, Sharifah Faridah, Hasmah serta para guru melancarkan Bulan Kemerdekaan di SMK Kampung Nangka.

SEMPENA bulan kemerdekaan yang bakal tiba, SMK Kampung Nangka, Sibu baru-baru ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Kampung Nangka Hasmah Fauzi yang turut ditemani oleh Timbalan Pengerusi PIBG Sharifah Faridah Wan Hamid.

“Kali ini merupakan 57 tahun negara kita Malaysia menyambut kemerdekaan.

“Tetapi untuk negeri Sarawak, hari kemerdekaan se benarnya jatuh pada 22 Julai yang lepas,” kataHasmah.

Hasmah juga menyeru para pelajar agar sentiasa menghayati erti kemerdekaan yang telah dinikmati sehingga kini.

“Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun, mempunyai peranan yang sangat penting kepada pembangunan negara kita Malaysia.

“Generasi muda khasnya pelajar, perlulah menghayati dan memahami sejarah perjuangan demi mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenarnya,” ujarnya.

Pada masa sama, Hasmah turut menyampaikan sumbangan duit raya dan agihan buah kurma kepada para pelajar Islam yang bakal menyambut Hari Raya AidilFitri.

Sebelum ini, pelajar Cina dan Bumiputera lain juga pernah menerima sumbangan daripada PIBG sempena Tahun Baharu Cina dan Gawai Dayak.

Duit raya merupakan sumbangan daripada pihak PIBG kepada para pelajar sebagai tanggungjawab sosial bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, ibu bapa dan pihak PIBG itu sendiri.

Di samping itu, para pelajar daripada golongan anak yatim turut menerima sumbangan daripada pihak sekolah hasil sumbangan orang ramai dan pihak PIBG.

MERIAH: Pelancaran Bulan Kemerdekaan disambut meriah oleh para pelajar.

Advertisement