Anda di sini

Emas kedua Malaysia

Advertisement

EMAS KEDUA: Nicol meraikan kejayaannya memenangi pingat emas dalam acara skuasy perseorangan wanita dengan menewaskan Laura Massaro dari England di temasya Sukan Komenwel kali ke-20 Glasgow di Scotland, semalam. — Gambar Bernama

GLASGOW, Scotland: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu skuasy dunia Datuk Nicol David mempamerkan satu lagi “permainan A” untuk mempertahankan kejuaraannya dan menyumbang pingat emas kedua bagi Malaysia di Sukan Komanwel Ke-20 di sini pada Isnin lepas (waktu Scotland).

Ia juga merupakan pingat emas kedua bagi Nicol sejak beliau mengambil bahagian dalam Sukan Komanwel.

“Ia amat menyeronokkan untuk memenangi pingat Sukan Komanwel sekali lagi. Ia juga adalah perasaan yang jauh lebih menyeronokkan untuk menyumbang pingat emas kepada Malaysia di temasya Sukan pada tahun ini. Memenanginya buat kali kedua adalah satu pencapaian yang begitu menakjubkan.

“Menyertai Sukan Komanwel adalah sesuatu yang amat mengujakan. Ia adalah kemuncak bagi mana-mana perlawanan skuasy untuk memenangi pingat emas ini,” kata juara dunia berusia 30 tahun itu. — Bernama

Advertisement