Anda di sini

Delegasi Kumpulan Syarikat KTS adakan kunjungan raya

Advertisement

KENANGAN: Adenan dan isteri (duduk, masing-masing dua kanan dan dua kiri) bergambar bersama tetamu kehormat lain seperti Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan isteri Datin Sri Pauline Leong (duduk, masing-masing kanan dan kiri). Turut kelihatan Henry Lau (berdiri, enam kanan), Vincent Lau (berdiri, tujuh kanan) dan Salang (berdiri, kanan).

KUCHING: Delegasi daripada Kumpulan Syarikat KTS telah mengadakan lawatan ke lapan rumah sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Delegasi yang terdiri daripada 16 ahli itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau, dengan rumah pertama yang mereka kunjungi ialah kediaman Pengarah Urusan Sarawak Forestry Corporation (SFC) Datu Ali Yusop dan seterusnya ke rumah Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Sapuan Ahmad.

Delegasi kemudian mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Menteri Perumahan dan Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Pengarah Unit Perancangan dan Ekonomi Datu Ismawi Ismuni dan seterusnya rumah Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datu Sudarsono Osman.

Delegasi berkenaan melengkapkan kunjungan Hari Raya dengan mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan isteri Puan Sri Datuk Jamilah Anu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) serta Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Sri Ragad Kurdi Taib di Astana Negeri.

Dalam pada itu, delegasi berkenaan turut meluangkan masa mengunjungi kediaman bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor.

Antara delegasi KTS tersebut ialah Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang dan isteri Datin Lucy Salang, Temenggung Vincent Lau serta Pengurus Kawasan See Hua Group Wong Sing Seng.

KUNJUNGAN: Taib (duduk, empat kiri) merakam kenangan bersama Salang (duduk, tiga kiri) dan Henry Lau (duduk, dua kiri).

Advertisement