Anda di sini

Penduduk dinasihati bantu polis jayakan Ops Selamat

Advertisement

SRI AMAN: Penduduk yang tinggal di bandar Sri Aman dinasihati agar membantu polis menjayakan Ops Selamat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Unit Skim Rondaan Suka-rela (SRS) Zon Tengah dan Selatan Kampung Muhibbah Sri Aman Ramli Abu Sera berkata bagi membantu polis menjayakan Ops Selamat pihaknya melancarkan Operasi Jom Ronda sempena sambutan bulan puasa di kampungnya malam kelmarin.

Katanya operasi itu adalah untuk memastikan kediaman penghuni yang tinggal di kawasan bandar  ini bebas daripada ancaman kes pecah rumah.

Seramai 10 anggota SRS Zon Tengah dan Selatan Kampung Muhibbah Sri Aman bersama dua Penolong Pegawai Perpaduan Sri Aman Mohd Mahdi Mohd Mokthar dan Mohd Firdaus Ramli serta Pengerusi SRS Kampung Hilir Saidi Ahmad menyertai operasi.

“Sebagai orang awam, kita mesti membantu polis membanteras kes jenayah pecah rumah di kawasan masing-masing sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri ini.

“Jangan sandarkan tanggungjawab keselamatan di bahu polis sahaja.

“Sebaliknya kita harus menu-buhkan jawatankuasa kawalan ke-selamatan di kawasan masing-masing bagi memantau rumah kosong ketika cuti,” katanya di sini semalam.

Selain itu, Ramli juga memohon orang dewasa di sini agar menggembleng barisan remaja untuk membantu aktiviti rondaan di kawasan masing-masing sempena pelaksanaan Ops Selamat.

Dengan berbuat demikian, maka penduduk secara tidak langsung dapat membantu polis mengurangkan risiko kes pecah rumah semasa musim perayaan ini.

“Saya berharap penduduk memastikan rumah dalam keadaan berkunci ketika pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bercuti… bantulah anggota polis mengawal tahap jenayah di bandar ini,” katanya.

Advertisement