Anda di sini

Kuching usaha perbaiki mutu permainan bola tampar

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Tampar Bahagian Kuching berusaha memperbaiki mutu permainan pada Kejohanan Bola Tampar antara bahagian Sarawak tahun ini di Sibu yang bermula hari ini hingga Isnin depan.

Jurulatih pasukan, Chai Poh Fatt optimis mengenai peluang pasukan pada kejohanan peringkat negeri itu.

Chai yang juga pemain dan pengadil pasukan berkata, Kuching diundi bersama juara bertahan Sibu A, Miri dan Limbang dalam Kumpulan A.

Kumpulan B merangkumi naib juara tahun lalu Mukah, Meradong, Bintulu dan Sibu B.

“Ia adalah satu tugasan yang mencabar untuk menewaskan pasukan Sibu A tetapi kami berharap menewaskan Miri dan Limbang bagi mencapai sasaran separuh akhir,” katanya.

Bagaimanapun, Kuching tidak akan memandang ringan Miri dan Limbang pada pusingan awal.

Chai berharap pasukannya dapat mara ke peringkat separuh akhir kerana pasukan Kuching memiliki tiga pemain remaja negeri Law Yew Thean, Roger Wee Han Siang dan Watson Ting Hua Jeun.

“Dengan gabungan pemain remaja dan senior berpengalaman, saya yakin kita dapat memberi cabaran sengit kepada pasukan lain,” kata Chai dan menambah beliau menjangkakan persaingan sengit seperti tahun lalu.

Melihat kepada keputusan tahun lalu, Chai merasakan pasukan yang perlu ditewaskan pada tahun ini ialah Sibu A dan Mukah.

Anggota lain dalam pasukan Kuching ialah Chai King Sing yang juga pengurus pasukan.

Chai Poh Fatt, Chai Wee Ming (kapten) Steven Liew Guo Chen, Allan Chan Chun How, Chiew Soon Nguong, Delon Sim Chiew Hou, Calvin Kuang Li Wei and Huang Yew Sein.

Pertandingan itu dianjurkan Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Bahagian Sibu bertujuan memilih permain terbaik mewakili Sarawak pada kejohanan kebangsaan di Shah Alam, Selangor bermula 20 hingga 24 Ogos depan.

Advertisement