Anda di sini

Jolok dabai, kereta diabai

Advertisement

TERJUNAM: Keadaan kereta pacuan empat roda yang terjatuh ke dalam gaung yang berlaku di Jalan Samarakan, Sungai Emas, Bintulu.

BINTULU: Gara-gara terlupa menarik brek tangan, sebuah kereta pacuan empat roda milik pasangan suami isteri tergelongsor jatuh ke dalam sebuah gaung di Jalan Samarakan, Sungai Emas di sini petang semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, pasangan berkenaan dikatakan memarkirkan kereta itu berdekatan kebun buah-buahan mereka sebelum mereka menjolok buah dabai masak.

Selesai menjolok buah dabai, alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati kereta pacuan empat roda itu tidak lagi berada di tempat diparkirkan.

Setelah memeriksa kawasan sekeliling, baharulah mereka menyedari kereta berkenaan terjatuh ke dalam gaung berdekatan.

Kedua-dua suami isteri itu kemudian minta bantuan jentera penarik bagi mengeluarkan kenderaan dari dalam gaung.

 

Advertisement