Anda di sini

Hoki: Malaysia tumpaskan Kanada 2-0

Advertisement

GLASGOW, Scotland: Malaysia memulakan pertandingan hoki lelaki di Sukan Komanwel Ke-20 dengan langkah kanan apabila mereka menewaskan Kanada 2-0 dalam Kumpulan B di sini Sabtu lepas (waktu Scotland).

Dalam perlawanan di Glasgow National Hockey Stadium, gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Ahmad Kazamirul Nasruddin pada minit ke-14.

Tersentak dengan jaringan itu, Kanada meningkatkan tekanan tetapi barisan pertahanan Malaysia ternyata mantap dan berjaya menangkis serangan.

Gol kedua Malaysia hasil jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-68 menjamin kemenangan dan tiga mata penuh.

Pasukan lain dalam Kumpulan B adalah New Zealand, England dan Trinidad & Tobago.

Penolong jurulatih skuad kebangsaan K. Gobinathan memberitahu pemberita, pada keseluruhannya beliau berpuas hati dengan persembahan pasukannya tetapi mereka perlu mengurangkan kesilapan apabila mereka menentang England dalam perlawanan seterusnya.

Menurutnya kesilapan Sabtu lepas disebabkan oleh para pemain yang “masih mencari rentak mereka”. — Bernama

Advertisement