Anda di sini

Empat pelajar Jepun lawat RRSS di Miri

Advertisement

MIRI: Empat pelajar dari Jepun dibawa melawat ke Sekolah Menengah Jalan Riam (RRSS) oleh Kelab Lions Miri menerusi program Pertukaran Belia Antarabangsa (YE).

Mereka ialah Kyoka Moriyama, Kako Nakano, Shinichiro Shimoji dan Mina Matsuura.

Mereka ditemani Pe-ngendali Program YE Miri Tong Shih Yi, Pengerusi Penganjur Hii Teck Yun dan Presiden Kelab Lions Miri Mandarin Chong Nyuk Lain.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Pengetua RRSS Richard Liu, Presiden Kelab Leo Kelly Liew, ahli Kelab Leo dan pelajar Jepun yang menuntut di RRSS Hiroto Yamada.

Program itu untuk mempromosikan persefahaman antarabangsa dan perasaan muhibah antara ahli-ahli Lions seluruh dunia.

Selain itu ia memberi pengalaman baharu kepada pelajar tentang cara hidup dan budaya penduduk negara lain ketika bersama keluarga angkat mereka sekali gus menggalakkan interaksi golongan muda dan dewasa.

Ketika di RRSS, rombongan diberi taklimat tentang sekolah, taya-ngan video sekolah, diperkenalkan dengan kakitangan dan guru-guru serta lawatan ke Institut Teknologi Riam.

Kelly berkata sebagai ahli Kelab Leo mereka bertuah kerana dapat berkongsi idea dan pengalaman bersama tetamu mereka.

Sementara itu, Kyoka kagum dengan kemudahan pendidikan yang ditawarkan RRSS serta berbangga dengan pelbagai kecemerlangan yang diterima sekolah berkenaan.

“Paling mengagumkan kami ialah ada pelajar Jepun yang menuntut di sini,” katanya.

Advertisement