Anda di sini

Karnival Jiran Wanita eratkan silaturahin anggota Rukun Tetangga

Advertisement

Oleh A.Mohayu //

PEGAWAI Pe rpadua n Bahagian Kuching, Rose Jonathan Garau berkata aktiviti anjuran bersama dapat mengeratkan perhubungan silaturahim dalam kalangan anggota Rukun Tetangga selain dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Berucap pada majlis perasmian Karnival Jiran Wanita di Dewan Serbaguna PPD Telaga Air baru-baru ini, beliau berharap kerjasama seumpamanya tidak hanya setakat itu sahaja tetapi akan diteruskan dengan aktivitiaktiviti lain juga.

Sebanyak 10 buah KRT mengambil bahagian pada karnival berkenaan selain KRT PPD Telaga Air sebagai tuan rumah, lain-lain KRT ialah dari Kampung Rampangi Fasa 1, Taman Puteri, BB Samariang Fasa 1, Kampung Santubong, Kampung Pasir Panjang, Sungai Bedaun, Kampung Sungai Lumut, Sungai Batu dan Pasir Pandak.

Rose memuj i usaha ahli jawat ankua s a PPD Telaga Air yang bekerja keras menganjurkan karvival yang disifatkannya amat berjaya itu.

Katanya, penyertaan pertandingan masakan dan gubahan bunga dari pelbagai peserta KRT dan penduduk turut memeriahkan karnival berkenaan.

Turut hadir ialah penyelia program berkenaan, Sherly Azlina Ali, Faridah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Karnival Mohamad Arif, Penghulu Morshidi Johari, Pegawai Penerangan Aris Hipni, KK Sapuan Oya, KK Haili Amir, KK Borhan serta pengerusipengerusi KRT.

 

Advertisement